Wednesday, 25 July 2012

Adakah teman lebih hina dari anjing kurap? Selamat membaca kisah di bawah...


Teringat kisah seorang Ulama Sufi. Dia amat terkenal dengan sifat tidak pernah marah. Lalu ada seorang kaya di negeri itu ingin mengujinya. Dia menjemput Ulama sufi itu ke majlis di rumah org kaya itu. Ulama sufi itu pun lalu memenuhi undangan org kaya tersebut. Sebaik sahaja org kaya itu melihat Ulama sufi tiba dan duduk di dalam majlis itu, org kaya itu lantas memarahinya, memakinya dan memalukannya di tengah2 majlis itu di hadapan para jemputan. Setelah puas memalukannya org kaya itu pun menghalaunya keluar dari majlis. Berlalulah Ulama Sufi itu keluar dari majlis tanpa marah walaupun sedikit. Setelah beberapa ketika dia berlalu pergi, dia pun dikejar org suruhan org kaya itu, dgn pesanan Tuannya yg kaya itu meminta maaf di atas kelakuan kurang ajarnya tadi dan dia dirayu supaya kembali ke majlis dan tidak berkecil hati.

Ulama sufi itu pun kembali semula ke majlis itu. Apabila dia tiba semula di majlis itu dia pun duduk seperti biasa di tgh para jemputan. Maka setelah dia duduk org kaya itu lantas mengulangi caciannya dan memarahinya dikhalayak ramai. setelah puas dia pun menghalaunya keluar dari majlis. Apabila Ulama Sufi itu berlalu, dia dipanggil semula dan dimarahi lagi kemudian dihalau. begitulah hal keadaannya berulang2 kali. sehingga akhirnya org kaya itu mengalah. Dia pun berterus terang kepada Ulama sufi itu. "Hai Syeikh, aku memohon maaf atas kebiadapanku. adapun perbuatanku tadi hanyalah utk menguji sejauh mana tahap kesabaranmu dan sifatmu yg tidak pernah marah. Bolehkah kau ajarkan kepadaku apakah amalmu yg membuatkan engkau begitu sabar dgn cacian dan makianku tanpa marah walau sedikit pun?

Maka Ulama Sufi itupun menjawab, "wahai saudaraku, apalah peliknya perbuatanku itu? ianya sama dgn seekor anjing kurap, apabila dipanggil utk diberi makan datanglah ia, apabila dihalau beredarlah ia. walaupun berulang kali. tiada yg pelik pada perbuatanku itu wahai saudaraku, kerana anjing kurap itu tidak berdosa pada Tuhannya, sedangkan aku ini berbuat dosa. Maka bagaimana aku yg berdosa ini berani marah, sedangkkn anjing kurap yg tidak berdosa itu tidak pernah marah?"

Wahai hati... ambillah iktibar....

Sumber: http://goo.gl/AK7rn

No comments:

Post a Comment