Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan
binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang
lincah apabila anda hendak memukulnya. Pastinya akan membuat anda akan semakin
bosan dan hamun bukan?. Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin
mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?
Seorang
saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut.
Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya. Dickinson yang
juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia
telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan
cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan
menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan
mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.
Penyelidikan
yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan
cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan mengira dengan
cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk
mengepakkan sayap dan terbang. Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian
kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya
untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat,
iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia
mengesan adanya ancaman bahaya.
“Perkara
tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk
dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang
hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.
Bahkan,
lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini
menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara
maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya.
Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan
membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi
ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.
“Ini
adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang
kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian
otak yang menguruskannya,” ujarnya.
Berdasarkan
hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips
mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang paling
berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang.
Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu
terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif
lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk
dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat..
No comments:
Post a Comment