Sunday, 30 December 2012

Fynn Jamal - 150 Juta Kali


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Monday, 26 November 2012

Misteri Lagu Gloomy Sunday


Sebuah lagu yang dianggap sebagai lagu puaka yang dipercayai telah meragut banyak nyawa. Mungkin tidak ramai yang mengetahui akan wujudnya lagu ini.
Misteri lagu berjudul “Gloomy Sunday” yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary masih belum terungkai lagi sehingga ke hari ini. Semuanya bermula pada tahun 1932 di mana Resza Seress berimpian menjadi terkenal dalam dunia muzik di Paris tidak kesampaian kerana semua lagu ciptaannya tidak mendapat perhatian dari penerbit muzik di negara itu. Reszo Seress tidak berputus asa demi mencapai impiannya namun masalah mula timbul apabila tunangnya meminta agar Reszo Seress mencari kerja tetap yang menjamin masa depan.
Pada hari ahad yang bersejarah pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya telah berlaku berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. “Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.
Kemudiannya Seress telah menghantar lagu barunya itu kepada seorang penerbit muzik dan berharap lagu kali ini akan diterima. Beberapa hari kemudian, lagu itu dikembalikan dengan nota penolakan yang mengatakan melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Seterusnya lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan. Di bawah ini terdapat beberapa insiden yang berkaitan Gloomy Sunday.
Insiden Pertama
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.
Insiden Kedua
Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.
Insiden Ketiga
Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.
Insiden Keempat
Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.
Insiden Kelima
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.
Insiden Keenam
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.
Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun insiden tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.
Insiden Ketujuh
Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.
Insiden Kelapan
Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.
Lagu Gloomy Sunday ini juga dijadikan soundtrack dari sebuah filem yang cukup popular ketika itu. Filem itu mempunyai tajuk yang sama dengan lagu tersebut. Filem Gloomy Sunday mengisahkan sebuah hubungan segitiga seorang wanita pemilik restoran di Hungaria. Selain itu ada pihak mendakwa apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan secara instrumen saja pendengarnya akan tertidur dan mengalami mimpi buruk. Di negara asal Reszo Seress iaitu Hungaria telah melarang keras lagu Gloomy Sunday disiarkan kerana telah meyebabkan peningkatan kes bunuh diri di negara tersebut. Kini lagu Gloomy Sunday mempunyai pelbagai versi dan penyanyi yang mendendangkan lagu itu namun tiada siapa mahu mendengar lagu asal Gloomy Sunday ini kerana takut akan sumpahannya.
Lirik lagu Gloomy Sunday
Sunday is gloomy
My hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with are numberless
Little white flowers
Will never awaken you
Not where the black coaches
Sorrow has taken you
Angels have no thoughts
Of ever returning you
Wouldn’t they be angry
If I thought of joining you?
Gloomy sunday
Gloomy is sunday
With shadows I spend it all
My heart and I have decided
To end it all
Soon there’ll be candles and prayers
That are said I know
But let them not weep
Let them know
That I’m glad to go
Death is no dream
For in death I’m caressi’n you
With the last breath of my soul
I’ll be blessin’ you
Gloomy sunday
Dreaming
I was only dreaming
I wake and I find you asleep
In the deep of my heart here
Darling I hope
That my dream never haunted you
My heart is tellin’ you
How much I wanted you
Gloomy sunday
p/s : berani tak nak dengar? Dengar je, mungkin hanya kebetulan yang berlaku disebabkan lagu tu, jangan percaya sangat, orang putih ni memang taksub sikit dengan benda-benda macam ni, Wallahua’lam

Saturday, 24 November 2012

Drummer DiRasuk?




Salam semua, ni ada satu video yang  nak kongsikan kepada pembaca-pembaca setia blog ni.. video di mana satu persembahan pentas dilakukan mungkin ketika makan malam di sebuah hotel.


Video di mana seorang  bermain drum dengan cara dan gaya yang unik berjaya menarik perhatian penonton.. Ada yang kata drummer kena rasuk hantu ke? hahahha. Banyak mata yang lebih tertumpu kepada drummer  tersebut berbanding penyanyi wanita tersebut.. Jom layan video tersebut..

News Anchor FAIL Compilation 2012


Cara Orang Menipu Ketika Mengeluarkan Wang Di ATM


Mungkin ada yang pernah tertipu ketika mengeluarkan wang di ATM sebelumnya. Di sini kita lihat bagaimana cara atau modus operandi untuk mereka menipu mangsa.. check it out~ 
Pada gambar ini terlihat seseorang sedang melakukan transaksi di ATM.
                                                                 
Sebenarnya dia lagi memasang sesuatu pada alat di slot tempat kad ATM dimasukkan.
  
Tindakan ini tentu sangat berisiko. Penjahat ini biasanya bekerja secara berkumpulan, seperti yang terlihat digambar ada kawannya yang bertugas mengawasi keadaan di luar.
 
Inilah dia mangsa yang masuk setelah perangkap terpasang. Dia memasukkan kad ATMnya seperti biasa untuk melakukan transaksi.
 
Setelah selesai bertransaksi anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan lagi darpada mesin itu. “Tertelan”.
 
Di gambar ini si penjahat berpura-pura menawarkan bantuan kepada mangsa yang panik. Tujuan utama dari si penjenayah adalah mengetahui nombor PIN kad ATM si mangsa yang “tertelan” ini. Bagaimana caranya ?
 
Si penolong yang baik hati ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nombor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol “Cancel”"Enter”.Dia ingin tahu berapa nombor PIN simangsa ini. Pada gambar ini boleh kamu lihat kalau si penjahat dapat melihat tombol yang ditekan oleh si mangsa.
 
Setelah berusaha berkali-kali si Penolong akan meyakinkan mangsa kalau kadnya sudah benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank.
 
Setelah situasi aman penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kadATM dari alat perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia telah mendapatkan nombor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada MANGSA .
 
Dari jam yang tertera di CCTV boleh dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berhasil membawa keluar duit $4.000 .
dan ini cara mereka memasang alat perangkap kad ATM itu…




 Dari jam yang tertera di CCTV boleh dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berhasil membawa keluar duit $4.000 . Dan ini cara mereka memasang alat perangkap kad ATM itu… Dengan apa sekali pun jika kad tertelan hubungi terus pihak bank dan jangan sesekali berikan no PIN pada orang yang tidak di kenali…

Friday, 23 November 2012

Kenapa Lalat Susah Dipukul?


Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya. Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan?. Namun pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah dipukul atau ditangkap?
Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya. Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.
Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. Setelah ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman bahaya.
“Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.
Bahkan, lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik di kakinya. Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.
“Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.
Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya siap terbang. Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100 saat..

BlockBuzz.com

Easy way to earn money

Wednesday, 7 November 2012

Dosa Yang Tak Akan Putus Ketika Menggunakan Internet


Dosa Yang Tak Akan Putus Ketika Menggunakan Internet



Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan emailini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.







Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian. Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari.
Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.
Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut. Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email.
Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.
Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan. Wallahhua’lam
Kredit to – Nizarazu and Giler Kentang

Tuesday, 6 November 2012

Soalan SPM

Siapa kata soalan Bahasa Malaysia senang?kalau senang sila jawab.

Ya atau Tidak

____ , saya seekor lembu.

Wednesday, 17 October 2012

Aku Ingin Kita Lama Pacaran Disini - TRIAD


Lirik Lagu: Aku Ingin Kita Lama Pacaran Disini - TRIAD 

Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng

Kau sayangku, kau cintaku, kau pacarku, diriku yeah
Kau cantikku, kau manisku, kau lucuku, diriku yeah

Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng

Kau genitku, kau nakalku, kau tetap jadi sayangku
Kau seksiku, kau centilku, kau manjaku, diriku yeah

Ku ingin terus lama pacaran di sini
Ku mau terus hidup bersama kamu

Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng

Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng

Kau tawaku (kau tawaku), kau tangisku (kau tangisku)
Kau dramaku, hidupku (hidupku)
Kau terangku (kau terangku), kau gelapku (kau gelapku)
Kau hidup dan matiku (matiku)

Ku ingin terus lama pacaran di sini
Ku mau terus hidup bersama kamu

Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng

Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng neng neng nong
Neng neng nong neng

Ku ingin terus (ku ingin terus)
Lama pacaran di sini (pacaran di sini)
Ku mau terus hidup (ku mau terus)
Bersama kamu (bersama kamu)

Ku ingin terus lama pacaran di sini (pacaran di sini)
Ku mau terus hidup bersama kamu (bersama kamu)
Ku ingin terus (ku ingin terus) lama pacaran di sini
Ku mau terus (ku mau terus) hidup bersama kamu

Sunday, 7 October 2012

SIGNS


Filem cinta pendek....selamat menonton..

Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka Feat Zizan



Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka Feat Zizan

bawa aku pergi

pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Saturday, 6 October 2012

Broga Hill Semenyih


Bukit Broga, juga dikenali sebagai 'Bukit Lalang', selepas spesis tempatan rumput yang tumbuh dengan banyaknya di sini, ialah sebuah bukit di Semenyih, kira-kira 40 minit dari Kuala Lumpur. Ia boleh dicapai dalam jarak yang singkat selepas Universiti Nottingham, mana laluan masuk bermula dari sebuah ladang kelapa sawit menghadapi taman arnab seberang jalan. Akses yang mudah bermaksud bahawa terdapat ramai pengunjung pada hujung minggu. Setakat sifat berkenaan, bukit kebanyakannya terdiri lalang rumput manakala beberapa kawasan yang lebih rendah dilindungi dengan pokok-pokok kelapa sawit atau hutan sekunder muda. Tupai dan burung seperti Swifts adalah pemandangan biasa di sekitar bahagian-bahagian ini.

Apa yang benar-benar menarik tentang mendaki sehingga ke puncak adalah pemandangan panorama landskap. Malah, pandangan dari atas Broga Hill telah digambarkan sebagai luar biasa dan menawarkan salah satu pemandangan terbaik dari bukit yang amat rendah. Keadaan pagi yang cerah membolehkan kiat melihat lembah yang subur hutan hijau, dengan ladang kelapa sawit yang rata dan bandar pekan semenyih serta latar belakang gunung yang tidak beberapa jauh. Pada waktu pagi, kabus yang semakin meningkat dari tanah dari kehangatan matahari menyelimuti landskap dalam permaidani putih, menyediakan suasana yang nyata. Ini adalah mengapa kebanyakan pejalan kaki datang pada awal pagi dan menunggu matahari terbit untuk menangkap nafas mengambil pandangan. Pendakian mengambil antara 20-45 minit untuk sampai ke puncak tertinggi bergantung stamina masing-masing.

Terdapat beberapa pendakian curam, nian dihati untuk menakluk semakin kuat untuk ke puncak akan mengatasi segala-galanya. Terdapat tiga puncak kesemuanya, setiap satu puncak dikelilingi oleh rumput tinggi pada setiap sisi. Laluan yang amat mudah dan Insyaallah sukar untuk sesat. Bagi yang menginginkan lebih trill, jangan lupa memakai sarung tangan untuk sliding off ketika turun semula.

p/s: Selamat mendaki

Sedikit Gambar Untuk Tatapan Semua

























Teman Pengganti : Black ft Malique

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz28X0OxA7L

Sunday, 23 September 2012

louis armstrong - berus gigi


Salam dan selamat sejahtera buat teman2 di luar sana. Pada pagi ahad yang rileks ni saya ingin berkongsi lawak ngan teman2 sekalian.Hahahaha...macthing sungguh!!selamat bergembira..


Friday, 21 September 2012

Bayar Guna Duit 5 Sen Samsung Kepada Apple Hanya Khabar Angin!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, laman-laman rangkaian sosial facebook terutamanya gempar dengan berita di mana pihak Samsung Membayar Saman Apple USD1 Billion Pakai Syiling 5 Sen Sebanyak 30 Trak.. Tapi itu hanyalah berita palsu yang disebarkan orang ramai.


Benarlah kata orang, teknologi maklumat sekarang sangat cangih sehingga membolehkan orang ramai mempercayai sesuatu perkara secara bulat-bulat.

Hal ini berlaku apabila kecoh di internet mengatakan Samsung membayar saman kepada Apple sebanyak USD1 billion dengan menggunakan syiling 5 sen!

Ia sebenarnya tidak pernah berlaku dan Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sendiri sudah mengesahkkannya.

Menurut laman web www.guardian.co.uk semua itu tidak masuk akal. Mana mungkin Samsung boleh menyediakan syiling sebanyak itu dalam masa yang singkat.

Malah, Samsung memerlukan 2,755 trak untuk menghantar syiling berkenan ke pejabat Apple dan kemudian pulang semula.

Itu semua memerlukan kos yang tinggi!

Tambahan pula, di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi di mana sesebuah syarikat itu berhak membuat pilihan dengan cara apakah bayaran balik perlu dibuat.

Contohnya memilih cek atau debit.

Jadi, semua yang berlaku itu hanya khabar angin semata-mata. 
Credit to:nizarazu.com