Sunday 20 May 2012

Liga Juara: Chelsea muncul juara




CHELSEA muncul juara kejohanan Liga Juara-juara dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi tendangan penalti sebentar tadi (waktu Malaysia).
Juara ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan.
Dalam perlawanan penuh dramatik, yang berlangsung di tempat sendiri - di Munich, Jerman, Bayern Munich kelihatan hampir menjuarai kejohanan apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-83.
Bagaimanapun permainan diteruskan ke masa tambahan ekoran gol Didier Drogba pada minit ke-88 dan Chelsea dari England muncul juara.

Pengambilan tendangan penalti:

Gol disempurnakan: Chelsea 4-3 Bayern Munich (Didier Drogba)

Sepakan tersasar: Chelsea 3-3 Bayern Munich (Bastian Schweinsteiger)

Gol disempurnakan: Chelsea 3-3 Bayern Munich (Ashley Cole)

Sepakan tersasar: Chelsea 2-3 Bayern Munich (Ivica Olic)

Gol disempurnakan: Chelsea 2-3 Bayern Munich (Frank Lampard)

Gol disempurnakan: Chelsea 1-3 Bayern Munich (Manuel Neuer)

Gol disempurnakan: Chelsea 1-2 Bayern Munich (David Luiz)

Gol disempurnakan: Chelsea 0-2 Bayern Munich (Mario Gomez)

Sepakan tersasar: Chelsea 0-1 Bayern Munich (Juan Mata)

Gol disempurnakan: Chelsea 0-1 Bayern Munich (Philipp Lahm)

No comments:

Post a Comment